PERMULAAN 2013

PERMULAAN 2013
Suasana bilik Seni SAKTI 2013
"There are no shortcuts to success and failure is sometimes part and parcel of such an undertaking"


Thursday, July 1, 2010

Sejenak Dalam Sejarah


Sejarah Seni Visual Di Malaysia
Perkembangan seni lukis moden Malaysia bukan sahaja menggambarkan peralihan pandangan dalam seni lukis malahan ia sebenarnya megambarkan perubahan dan perkembangan idea dan pandangan yang berlaku dalam kehidupan sosial, ekonomi dan politik kita. Sebagai contohnya pengaruh pemikiran islam yang pada satu ketika mewarnai gaya seni lukis jelas mengambarkan situasi ketika itu, ideologi Islam sedang berkembang dalam negara yang turut berubah dari segi sosial, ekonomi dan politik. Apakala perubahan ideologi bertukar ganti, terlihat pula bagaimana perubahan kepada gaya karya yang lebih berbentuk hebahan atau propaganda telah bertapak dalam ekspresi artistik kita.
Dalam persiapan dan memperaga Pameran Seni Lukis Malaysia terdapat tiga perkara yang perlu difahami untuk menggambarkan sejarah seni lukis Malaysia. Aplikasi penyampaian mesej pensejarahan ini harus dibuat mengikut tahun atau secara kronologi. Pertamanya, era dimana seni lukis ketika itu lebih mirip ke gaya lukisan barat mungkin pada zahirnya bentuk dan idea tidak ditiru tapi karya-karya ini menerap nilai kesenian barat. Maka lukisan-lukisan yang dihasilkan ketika ini adalah terdiri dari lukisan lanskap bermedia cat air dan cat minyak, portret, lukisan alam benda dan abstrak. Apabila media batik diperkenalkan arah tuju seni lukis telah beralih kepada bentuk formalisma - penghasilan karya yang berlandaskan estetika. Lukisan-lukisan lebih berbentuk pemandangan tempatan dan gambaran cara hidup di Malaysia ketika itu. Subjek tempatan yang dipilih ini dikatakan sebagai lambang atau identiti "KeMalayaan" atau KeMalaysiaan" malah lukisan abstrak juga telah diilhamkan dari nilai-nilai fizikal malahan spiritual dan psikologi tempatan dan serantau.
Dalam lewat tahun 50'an dan 60'an telah berlaku konflik dan tegangan dalam seni akibat dari perbalahan pengakuan superioriti dan dominasi oleh pengamal lukisan abstrak dan ekspresionistik. Justeru dalam situasi ini bagi yang mengamal dan meminati lukisan realisma rasa tercabar dan telah bangkit menunjukan reaksi telah dipinggirkan.

Dalam tahun 60'an terlihat pemilihan gaya abstrak yang lebih formalistik dan berbentuk individualistik. Situasi ini memberi perandaiaan bahawa gaya 'avant-garde' yang dipelopori oleh Abstrak Ekspresionisma Amerika telah diberi penghargaan. Malahan seolah-olah telah diterima bahawa gerakan seni lukis moden Malaysia adalah bergandingan dengan gerakan seni lukis barat yang ketika itu dipengaruhi oleh paradigma estetika yang sama.

Bentuk kedua pandangan dan idea artistik memperlihat persoalan isu identiti atau "KeMalaysiaan". Dalam keadaan di mana gerakan senilukis yang masih berkiblatkan perkembangan seni lukis barat, karya-karya telah mula memasukkan intipati dan perlambangan dari budaya tempatan dan etnik. Sensitiviti ini telihat antara tarikh 13 Mei 1969 dan era Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971. Namun perkembangan formalistik ketika itu tidak dapat dan sukar menerima pengkaryaan yang menggabungkan unsur-unsur motif tempatan dengan ekspresi moden.
Pascal May 1969 mempelihatkan kesedaran terhadap persoalan identiti. Krisis ini pada sesetengah menganggap kerosakan pada identiti yang sukar dipulihkan tetapi majoritinya memberi unjurun baru bahawa pembentukan identiti baru harus dibuat secepat yang mungkin. Malahan identiti baru itu perlu berdasarkan realiti budaya dan sosial yang mirip Malaysia: May 1969 menjadi satu tanda akhirnya zaman ketulusan. Tahun 70'an membawa kita ke era proses pemulihan yang dipengaruhi paradok dan persekitaran. Malahan di dekad ini karya-karya yang dihasilkan menyampaikan luahan ini dalam keadaan begitu kritikal yang tidak pernah dilihat.
Kategori yang terakhir yang berada di sekitar dekad ke 80'an dan 90an memperlihat cubaan yang serius untuk meneruskan penerapan kecirian "nasional" atau "keaslian" seni lukis moden Malaysia. Cubaan ini dimulai oleh faktor Islam, etnik dan budaya yang pada masa yang sama dengan tanpa disedari telah termasuk dalam pascal modernis yang ada hubung kait dengan seni lukis barat. Pelbagai media baru dan lama telah digunakan antaranya seni instalasi, seni video dan seni persembahan. Di sini juga jelas terlihat karya-karya abstrak dan figuratif telah kembali bertapak sementara peningkatan dalam pengkaryaan seni arca pelbagai media amat baik yang barangkali pada satu ketika tidak lansung kelihatan.
Pelukis muda yang berada sekitar tahun 80'an dan awal dekad baru rata-rata menghasilkan karya-karya yang diluar kecirian seni lukis konvensional tanpa dipisahi dan tidak lagi terikat pada media, bahan dan proses berkarya. Dalam kecirian "Paskal Modernis" pelukis-pelukis ini bukan hanya menggambarkan keyakinan mereka dalam pengolahan isu-isu dan permasalahan sosio-budaya semasa yang sangat luas, malahan mereka juga menerapkan nilai-nilai dari paradigma barat yang kritikal dalam menghujah persoalan-persoalan. Akhirnya, atas kesedaran inilah akuan terhadap penerapan nilai pandangan seni yang alternatif ini perlu diteruskan dan patut disokong
(Extracted from Vision and Idea - Relooking Modern Malaysian Art, A Summary by T.K. Sabapathy)