|
MATLAMAT PENDIDIKAN SENI VISUAL
- Membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif.
- Berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta menyumbang ke arah pembangunan diri, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
OBJEKTIF PENDIDIKAN SENI VISUAL (DICIPLINE BASED OF ART EDUCATION)
- Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan
- Memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual
- Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi,disiplin, serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya
- Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta barangan kraf fan produk seni visual yang berkualiti
- Membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual
- Mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain.
- Menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa
- Menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya
- Menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitarannya dan kaitan dengan keselesaan hidup
- Membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa
Sesi "Kritikan Seni" Karya Pelajar |
Pelajar didedahkan dengan kaedah "Kritikan Seni" |
Pelajar didedahkan dengan eksperimentasi bahan |
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
- Lajur Bidang menampakkan salah satu daripada dua bidang dalam Pendidikan Seni Visual KBSM. Setiap bidang pula dipecahkan kepada unit pembelajaran masing-masing
- Lajur Hasil Pembelajaran dimuatkan skop pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Di samping itu, pencapaian yang dikuasai oleh murid mengikut kebolehan mereka diperinci mengikut aras.
- Lajur Cadangan Aktiviti Pembelajaran pula memaparkan beberapa aktiviti yang sesuai yang boleh dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual mengikut bidang tertentu.
- Penjelasan tentang aras adalah seperti berikut:
ARAS | HURAIAN |
Aras 1 | Pemahaman yang jelas tentang konsep, fungsi dan penghayatan |
Aras 2 | Penggunaan alat, bahan dan teknik yang sesuai untuk penghasilan bahan |
Aras 3 | Aktiviti di aras ini menitikberatkan peningkatan penghasilan bahan yang berkualiti, kreatif serta mampu membuat kritikan |