PERMULAAN 2013

PERMULAAN 2013
Suasana bilik Seni SAKTI 2013
"There are no shortcuts to success and failure is sometimes part and parcel of such an undertaking"


Tuesday, March 15, 2011

Apa Kepentingannya Subjek Pendidikan Seni Visual?


Menurut June McFee dalam bukunya bertajuk 'Preparation for Art', menyatakan seni adalah sebahagian dari kebudayaan sesuatu masyarakat kerana ianya adalah jelmaan daripada beberapa bahagian nilai, sikap dan kepercayaan dalam sesuatu masyarakat. Secara langsung kenyataan ini melambangkan bahawa seni merupakan cerminan budaya dalam sesebuah masyarakat. Tanpa budaya mesyarakat itu tidak kukuh dan tidak mengandungi nilai tamadun.

Menurut Sidi Ghazalba dalam bukunya bertajuk Pandangan Islam Tentang Kesenian menyatakan bahawa sesuatu kebudayaan ialah cara berfikir dan cara merasa, yang menyatakan diri dalam seluruh kelompok manusia yang membentuk masyarakat, dalam sesuatu ruang dan sesuatu waktu. Takrif ini dapat diringkaskan bahawa kebudayaan itu adalah cara berfikir dan cara menikmati dalam kehiduapan. Jelasnya ialah seni itu merupakan intipati 'Cara hidup' individu berkembang menjadi sebuah komuniti yang luas.

Menurut Herbert Read dalam bukunya 'The Meaning of Art', menyatakan Seni itu adalah penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Yang dimaksudkan dengan 'menyenangkan' ialah kesenangan estetik (aesthetic pleasure).Peluahan rasa indah yang diperolehi dari pengalaman, cetusan rasa dan diinterpretasi dalam bentuk karya sebagai cara untuk berkongsi dengan masyarakat.

Oleh yang demikian, mengapa ada dikalangan masyarakat meragui mata pelajaran Pendidikan Seni Visual?. Pendidikan Seni Visual lebih menjurus untuk melahirkan perubahan individu kepada nilai murni dengan memupuk diri dalam pengalaman estetik dan membentuk emosi yang seimbang. Beberapa kenyataan ini akan menguatkan hujah bahawa pentingnya Pendidikan Seni Visual dalam merealisasikan perubahan tingkahlaku manusia dalam dunia pendidikan.

Seni sebagai Alat Penyataan diri
Moholy Nagey menyatakan, satu cara untuk menggambarkan emosi adalah dengan menggunakan seni untuk merangsang dan menyatakan emosi itu. Sebenarnya melalui aktiviti-aktiviti seni kesan emosi diri akan merasakan kepuasan, lega, lapang perasaan, stabil emosi, dan ketengaan dari tekanan perasaan. Ini terbukti dengan membuat aktiviti melukis, kraf atau apa-apa kegiatan seni akan meimbulkan kesan kelegaan dengan meluahkan perasaan dalam hasil karya yang dibuat itu.

Seni Menajamkan Kepekaan dan Pengamatan
Pancaindera yang ada pada manusia seperti rasa, sentuhan, bau, penglihatan, pendengaran adalah fitrah yang Allah berikan kepada manusia. Pancaindera ini perlu disuburkan melalui sentuhan yang murni. Pengalaman seni memerlukan kepekaan terhadap pengamatan semasa penciptaan sesebuah karya seni, sebagai contoh semasa melukis, pengkarya perlu memberi perhatian dan pengamatan kepada objek yang difokuskan, maka berlakulah pengamatan secara teliti.
Pengalaman saya sendiri sebagai seorang guru Pendidikan Seni Visual, pelajar lazimnya meluahkan betapa sukar untuk melukis walaupun hanya melalui proses 'imitasi' (peniruan dari gambar atau imej sebenar). Belum lagi aktiviti yang melibatkan imaginasi yang logik. Namun kenapa masih terlalu ramai memberi hukuman mandatori, seni itu suatu subjek picisan, mudah dan sebagainya. Selalu ditafsirkan sebagai suatu bidang yang mempunyai nilai kapasiti yang rendah untuk diketengahkan sebagai bidang pilihan pelajar, ibu bapa malahannya dari kalangan profesional sendiri. Perlukah saya ulang lagi soalan yang menjadi tajuk di atas?

sumber: http://senivisual2.blogspot.com/2010/01/kepentingan-pendidikan-seni-visual.html


Encik Ibrahim Bin Omar, Perginya Seorang Pejuang Ilmu

Tahniah atas kenaikan pangkat beliau sebagai Pengetua SMK Kahang Timur, Kluang baru-baru ini. Seingat saya, beliau antara guru yang masih bertahan lama di SAKTI sejak saya mula-mula 'posting' April 2003. Beliau merupakan antara guru terbaik yang sentiasa tidak jemu mencurahkan ilmu Matematiknya walaupun setelah menjawat jawatan Penolong Kanan Akademik.
Mantan Penolong Kanan Akademik Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi
Semoga beliau gembira dengan sekolah baru dan menjadi Tuan Pengetua yang dikasihi dan cemerlang pada masa akan datang. Kami warga SAKTI sentiasa mendoakan yang terbaik untuk beliau. Amin

Terima Kasih Selayang Pandang,
Ujar Hati Selebar Padi,
Andai Kasih Terpandang,
Ada Budi Berjumpa Lagi.

Monday, March 14, 2011

Mesyuarat Panitia Pendidikan Seni Visual Daerah Kota Tinggi Bil 1/2011

Pada 10 Mac 2011, jam 2.00 petang berlangsungnya Mesyuarat kali pertama Panitia Pendidikan Seni Visual Daerah Kota Tinggi. Mesyuarat ini dijalankan di SMK Bandar Easter dan dipengerusi oleh Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual SMK Bandar Easter iaitu En.Fauzi Bin Ali.
En. Fauzi Bin Mohd Ali, Ketua Panitia PSV SMK Bandar Easter

En.Azahar Ketua Panitia PSV SMK Tun Habab

Agenda Mesyuarat Panitia PSV Daerah Bil 1/2011:
* Ucapan Pendahuluan oleh Pengerusi Panitia PSV Daerah, Puan Pengetua Pn.Hjh Radhiah
* Pembukaan Aktiviti Tahun 2011
* Pelantikan Jawatankuasa PSV Daerah 2011/2012
              i. Jawatankuasa Lawatan
             ii. Jawatankuasa Pameran
            iii. Jawatankuasa Bengkel SENI BATIK
            iv. Jawatankuasa Kursus PSV Daerah    

* Cadangan tambahan bagi aktiviti PSV Daerah sepanjang tahun 2011
Bergambar dengan Pn.Suzana Ketua Panitia PSV SMK(A) Bandar Penawar
Suasana dalam Bilik Mesyuarat SMK Bandar Easter

Saturday, March 5, 2011

TAHNIAH KRIKET SAKTI!!

Pada 2 - 5 Mac berlangsungnya Kejohanan Kriket Piala Tan Sri Hamzah Sekolah-sekolah Berasrama Penuh Zon Selatan di Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi. SAKTI menjadi Juara Keseluruhan diikuti Naib Juara ISIS, Ketiga Bersama STJ dan Keempat Bersama SDAR. Tahniah!!

Wednesday, March 2, 2011

BENGKEL KRAF KARANGAN LAUT ANJURAN KEJORA 27 FEBRUARI 2011


Peserta Bengkel Kraf Karangan Laut

Pada 27 Februari 2011 (Ahad) seramai 13 orang pelajar SAKTI menyertai satu Bengkel Kraf Karangan Laut anjuran Unit Pelancongan KEJORA yang berlangsung di ruang legar Muzium Nelayan Tanjung Balau. Bengkel ini juga disertai oleh 5 buah sekolah menengah yang lain iaitu SMK Bandar Penawar, SMK Bandar Mas, SMK Adela, SMK Tg.Datuk dan SMK Tan Sri Jaafar ALbar, Sedili.
  Pelajar SAKTI yang menyertai:
  1. FAIRUZ NAJIHAH KAMARUDDIN 4N
  2. NURHANIE FAHARUDIN 4I
  3. NISA SYAKILA A.RAHMAN 4D
  4. NUR SYAMINA MOHD SYARIFUDDIN 4D
  5. NOOR FARHA MOHD.FADIL 3D
  6. NUR SHAHFINAZ AHMAD 3D
  7. SITI HAJAR NABILA YUSOF 3B
  8. SITI SHAFURA SAADON 3B
  9. MUHAMMAD NAUFAL ABU BAKAR 3D
  10. MOHD.HAZIQ NAZMI HANIZAM 3D
  11. ALIFF IQMAL ABD.WAHAB 3N
  12. MASHAFIZUL HELMI JAMIL 3B
  13. MUHD. SYAFIQ ZAINUDIN ITHNIN 3M
Peserta sedang diberi taklimat ringkas projek

Aktiviti berkumpulan

Tahniah atas segala komitmen yang telah peserta tonjolkan dalam bengkel yang dijalankan. Apapun cikgu bangga dengan anda semua. Ada peluang di masa akan datang, cikgu harap anda semua akan teruskan aktiviti luar bilik darjah yang sungguh menyeronokkan. Tahniah SAKTI!!

SAKTI Anugerah Kumpulan Terbaik Bengkel Kraf Karangan Laut 27 Februari 2011

 Kraftangan ROZET dari karangan laut oleh Pelajar SAKTI PMR
Wakil pelajar SAKTI Pra SPM yang menyertai
SAKTI dianugerah Hadiah KUMPULAN TERBAIK




Friday, February 25, 2011

APAKAH MAKNANYA DBAE DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PSV KBSM

 

MATLAMAT PENDIDIKAN SENI VISUAL

  • Membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif.
  • Berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta menyumbang ke arah pembangunan diri, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF PENDIDIKAN SENI VISUAL (DICIPLINE BASED OF ART EDUCATION)

  • Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan
  • Memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual
  • Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi,disiplin, serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya
  • Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta barangan kraf fan produk seni visual yang berkualiti
  • Membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual
  • Mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain.
  • Menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa
  • Menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya
  • Menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitarannya dan kaitan dengan keselesaan hidup
  • Membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa
Sesi "Kritikan Seni" Karya Pelajar

Pelajar didedahkan dengan kaedah "Kritikan Seni"

Pelajar didedahkan dengan eksperimentasi bahan

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

  • Lajur Bidang menampakkan salah satu daripada dua bidang dalam Pendidikan Seni Visual KBSM. Setiap bidang pula dipecahkan kepada unit pembelajaran masing-masing
  • Lajur Hasil Pembelajaran dimuatkan skop pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Di samping itu, pencapaian yang dikuasai oleh murid mengikut kebolehan mereka diperinci mengikut aras.
  • Lajur Cadangan Aktiviti Pembelajaran pula memaparkan beberapa aktiviti yang sesuai yang boleh dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual mengikut bidang tertentu.
  • Penjelasan tentang aras adalah seperti berikut:

ARAS
HURAIAN
Aras 1
Pemahaman yang jelas tentang konsep, fungsi dan penghayatan
Aras 2
Penggunaan alat, bahan dan teknik yang sesuai untuk penghasilan bahan
Aras 3
Aktiviti di aras ini menitikberatkan peningkatan penghasilan bahan yang berkualiti, kreatif serta mampu membuat kritikan




Tuesday, February 8, 2011

AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL

Aras 1 : Guru menjelaskan definisi rupa, jenis-jenis rupa dan kaedah olahan rupa di hadapan kelas.

                                                                  
PENDIDIKAN SENI VISUAL    
ASAS PMR (TINGKATAN 1)            
RUPA                                                            
SKOP: Kajian Rupa Geometri dan Rupa Organik
Di akhir pembelajaran pelajar dapat maklumat:
      1.Rangka sesuatu struktur pada subjek akan menghasilkan rupa.
      2.Mengetahui definisi Rupa, kajian Rupa Geometri dan Rupa Organik.
ARAS 1 
- Mengetahui bahawa rupa adalah hasil dari penghujung sesuatu garisan yang bertemu dengan titik permulaannya.
- Mengklasfikasi jenis Rupa iaitu:
  v  Rupa Geometri: bulat,segiempat,segitiga
  v  Rupa Organik: rupa siput,rupa bunga
ARAS 2 
- Pengetahuan awal sebelum melukis ialah: 
i.Rupa boleh diperkembangkan untuk mendapatkan 
rupa yang lain dengan cara:
  v  Tindanan
  v  Pengurangan
  v  Penambahan
ii.Ulangan Rupa di atas sesuatu permukaan akan
menghasilkan corak.
ii.Alat dan keperluan melukis.
ARAS 3 – Pelajar menghasilkan motif corak geometri.



1.Guru menjelaskan definisi Rupa dihadapan kelas dan meminta pelajar menyalin nota ringkas.
2. Pelajar menghasilkan corak mengikut kaedah olahan rupa.
3. Pelajar mengklasfikasi subjek dari buatan manusia dan alam sekitar yang menunjukkan jenis-jenis Rupa.
4.Guru menunjukkan contoh terbaik, sederhana dan lemah dihadapan kelas.
Meningkatkan daya kreativiti, disiplin serta kemahiran
1. Kesediaan Belajar
2. Pengamatan
 Buku Sumber Guru, alat tulis dan kertas edaran.