PERMULAAN 2013

PERMULAAN 2013
Suasana bilik Seni SAKTI 2013
"There are no shortcuts to success and failure is sometimes part and parcel of such an undertaking"


Sunday, February 19, 2012

SOALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KERTAS 3 TAHUN 2012

Sila klik pada paparan dibawah
http://www.moe.gov.my/lp/files/pbs/spm/2012/2012%202611-3/2012%202611-3%20QP%20CRC.pdf

SENARAI NAMA PELAJAR SPM YANG MENGAMBIL PSV 2611/1, 2611/2 DAN 2611/3
  1. Fairuz Najihah Binti Kamaruddin        SPM Baiduri (Pilihan No.2/Ruang Bilik Bayi)
  2. Nur Syamina Binti Mohd Sharifuddin SPM Baiduri (Pilihan No.1/Kasut)
  3. Aifaa Syafiq Bin Ismail                        SPM Delima (Pilihan No.2/Ruang Bilik Bayi)
  4. Nisa Syakila Binti A.Rahman               SPM Intan (Pilihan No.1/Kasut)
  5. Ezzate Afeqah Binti Ezrangee              SPM Intan (Pilihan No.4/Beg Batik Ikat Celup)
Kelas akan dijalankan setiap minggu sebagaimana ketetapan di bawah:
Hari     : Khamis
Masa    : 3.30-5.00 petang
Tempat : Bilik seni SAKTI

UNSUR GARISAN DALAM LUKISAN

"Line is the basic element that refers to the continuous movement of a point along a surface, such as by a pencil or brush. The edges of shapes and forms also create lines. It is the basic component of a shape drawn on paper. Lines and curves are the basic building blocks of two dimensional shapes like a house's plan. Every line has length, thickness, and direction. There are curved, horizontal, vertical, diagonal, zigzag, wavy, parallel, dash, and dotted lines."

Garisan pada dasarnya merupakan asas titik yang bersambung merentasi suatu permukaan menggunakan instrumen pensel atau berus. Setiap garisan yang terhasil dapat memberi kesan visual sesuai dalam lukisan pelan, permulaan suatu hasil karya dua dimensi atau asas idea bagi hasil karya tiga dimensi. Garisan juga boleh dikategorikan sebagai garisan nipis, tebal, melintang, menegak, zig zag, beralun, putus-putus dan titik-titik. Sebuah buku Glosari Seni Lukis terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1996 menegaskan karya garisan merupakan lukisan yang dipenuhi dengan lakaran garis pada keseluruhannya.
Kaedah Dicipline Based of Art Education yang diterapkan dalam Pdp

Suasana di bilik seni SAKTI dengan pelajar PMR Delima 2012


Benjamin dan Rishi antara pelajar PMR Delima 2012

"Line is most easily defined as a mark that spans a distance between two points (or the path of a moving point), taking any form along the way. As an art element, line pertains to the use of various marks, outlines and implied lines in artwork and design, most often used to define shape in two-dimensional work. Implied line is the path that the viewer's eye takes as it follows shapes, colours, and form along a path, but may not be continuous or physically connected, such as the line created by a dancer's arms, torso, and legs when performing an arabesque. Lines are in everyday life."

Tahniah SAKTI sinarmu sudah tersebar!

Pada 3 Februari 2012 yang telah lalu, SAKTI telah dianugerahi dengan pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 3 bagi tahun 2012. SAKTI merupakan antara 4 buah sekolah menengah yang menerima anugerah tersebut pada Majlis yang julung kali diadakan di Parcel E, Kompleks KPM Putrajaya. Seramai 20 orang  wakil pelajar dan 3 orang wakil Alumni SAKTI serta 5 orang guru termasuk Tuan Pengetua, PK Akademik dan Penyelaras SBT 2011/2012 hadir. Semoga pengiktirafan ini menjadi satu titik permulaan yang lebih bersinar untuk SAKTI terus gagah cemerlang dalam semua aspek. Tahniah SAKTI!
Tn.Hj.Mohamad Bin Mahadi dan Ketua Pelajar SAKTI

Suasana di luar Auditorium Parcel E selepas Majlis Pengiktirafan SBT
Pun begitu, ucapan tahniah dan takzim ini perlu ditujukan khas buat mantan Pengetua Cemerlang Tn.Hj.Hassan Bin Topit atas segala tunjuk-ajar dan pentadbiran beliau yang efisien. Turut diingati buat semua warga SAKTI, guru-guru yang dihormati jasa dan pengorbanan mereka yang tidak mengenal masa, staf sokongan yang begitu dedikasi melonjakkan prestasi kerja berpasukan, anak-anak SAKTI yang menjayakan program dan aktiviti akademik dan kokurikulum. Tiada ruangan yang mencukupi untuk dibariskan segala pengorbanan dan usaha berterusan semua pihak bagi menjayakan pengiktirafan ini. Semoga ALLAH S.W.T. memberikan semangat sepasukan kita ini menjadi lebih bermakna untuk ukhuwah murni demi agama, bangsa dan negara.
Bergambar kenangan di pentas utama Auditorium Parcel E, Kompleks KPM Putrajaya
SAKTI MENERAJUI.... InsyaALLAH

Tuesday, January 10, 2012

PENDAFTARAN PELAJAR LAMA SAKTI 2012

Pada 3 Januari 2012 bertempat di Dewan Seri Penawar, SM Sains Kota Tinggi berlangsungnya pendaftaran pelajar lama sesi tahun 2012. Pendaftaran ini bermula jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang melibatkan semua guru kelas dan ibu-bapa pelajar.


Selamat Belajar Anak-anak semua...

Monday, January 9, 2012

Selamat Datang Tahun 2012

Apa khabar anak-anak yang cikgu sayangi? Lama benar cikgu tak menulis dalam blog psvsakti ini. Sungguh tak terasa lamanya tempoh tidak menaip maklumat terkini kerana kekangan kerja hujung tahun yang menimbun.. Cikgu juga ingin mengambil kesempatan ini untuk turut sama mengucapkan Selamat Datang kepada semua anak-anak tingkatan satu yang baru mendaftar pada 4 Januari 2012 yang lalu.  Selamat Datang juga kepada Pengetua Sakti yang baru iaitu Tuan Haji Mohammad Bin Mahadi yang baharu berpindah ke sini bermula 1 Disember 2011.

Tn.Hj.Mohammad Bin Mahadi memberikan ucapan selamat pada Perhimpunan Khas 4 Januari 2012

Ada masa 2cikgu upload gambar sepanjang minggu orientasi anak-anak dalam blog Psvsakti ini...
jumpa lagi


CK Amane

Tuesday, October 25, 2011

RUANG DALAM SENI CATAN


Dalam fizik, masa dan ruang dianggap asas (cth. mereka tak boleh ditakrifkan dalam istilah lain). Demikian hanya takrifan kemungkinan ini suatu operasi masa yang ditakrifkan oleh proses ukuran dan oleh unityang terpilih. Ruang menjadi perhatian banyak ahli falsafah dan cendekiawan sepanjang sejarah manusia. Istilah ini digunakan dengan bezanya dalam berbagai bidang kajian, seperti falsafah, matematik, astronomi dan psikologipengukuran. Ilmu sendiri menganggap bahawa ruang adalah suatu kesatuan asas, iaitu suatu kesatuan yang tidak dapat ditakrifkan oleh kesatuan yang lain. Konsep ruang dalam seni catan terbahagi kepada tiga iaitu ruang hadapan, ruang tengah dan ruang belakang.  sehingga sukar untuk memberikan suatu makna sejagat yang jelas tanpa pendekatan yang lebih sesuai. Terdapat pula percanggahan tentang adakah ruang itu sendiri dapat diukur atau merupakan sebahagian dari sistem

Kaedah Menghasilkan Ruang dalam Catan
a. Perbezaan saiz dan jarak objek
Objek yang paling dekat akan kelihatan besar daripada objek yang jauh. Perbezaan saiz objek akan memberi impak ilusi ruang 

b. Perbezaan nilai warna
Warna secara langsung memberi impak ilusi ruang bagi karya-karya dua dan tiga dimensi. Warna panas dan berkontra akan kelihatan dekat atau timbul daripada permukaan hasil karya. warna sejuk atau samar-samar lazimnya kelihatan jauh dan tenggelam ke latar catan. 

c. Keletakan objek menegak dan bertindih
Objek yang tidak tertutup akan kelihatan seperti di hadapan berbanding dengan objek yang tertutup atau bertindih dengan objek yang di hadapan. Perbezaan saiz objek juga akan mewujudkan ilusi ruang yang amat berkesan sekiranya menggunakan teknik tindihan atau keletakan objek yang menegak.

Pelajar menghasilkan projek Ruang dalam Seni Catan secara individu. Mereka telah dibekalkan media cat tempera. kertas lukisan, berus dan peralatan mewarna. 




Selamat berkarya!

Thursday, July 28, 2011

Bengkel Penandaan SPM Pendidikan Seni Visual Kertas 2611/2 Daerah Kota Tinggi 27Julai2011

Pada 27 Julai 2011 (Rabu) telah di adakan satu Bengkel Penandaan Kertas 2 Pendidikan Seni Visual SPM Daerah Kota Tinggi. Bengkel ini dihadiri oleh guru-guru PSV sekolah menengah yang berlangsung di SMK Bandar Ester.
Taklimat dari JU PSV Daerah Kota Tinggi En.Fauzi dari SMK Bdr Mas






Demo kertas 2611/2 oleh En.Azahar Hj.Atan dari SMK Tun Habab

Semua guru PSV yang hadir telah diberi tips yang amat berguna tentang bagaimana untuk menghasilkan karya dengan masa yang lebih pendek. Teknik-teknik catan cat air dan penggunaan media yang bersesuaian dapat memudahkan pelajar PSV menghasilkan karya catan mereka dengan lebih efektif.


En.Zamani dan Pn.Kamariah sedang mempamerkan hasil karya guru


Sesi kritikan seni

sebahagian dari hasil karya guru-guru PSV Daerah Kota Tinggi


En.Fauzi memberikan komen-komen membina dan sesi penutup

Gambar kenangan peserta Bengkel Penandaan 2611/2 yang hadir


Selamat Menanda guru-guru PSV Daerah Kota Tinggi!