PERMULAAN 2013

PERMULAAN 2013
Suasana bilik Seni SAKTI 2013
"There are no shortcuts to success and failure is sometimes part and parcel of such an undertaking"


Friday, May 4, 2012

RUANG DALAM KONTEKS WARNA DAN BENTUK

Kombinasi konsep 3-1 merupakan cabang DBAE (Dicipline Based Art Education) bagi tajuk ruang, warna dan bentuk. Ruang merupakan tajuk yang pelajar mudah faham kerana saling berkaitan dengan konsep perspektif, jarak atau keluasan sesuatu kawasan. Hampir semua objek atau imej boleh dilihat dari sudut hadapan, belakang, atas atau bawah.

DEFINISI RUANG
Ruang ialah jarak dua objek yang menjadikan kawasan di antara objek itu satu keluasan dan kelebaran saiz. Konsep ruang memainkan peranan yang amat penting dalam seni grafik, reka bentuk hiasan dalaman dan reka bentuk seni bina. Terdapat dua jenis ruang iaitu ruang terbuka (ruang konkrit) dan ruang ilusi (ruang tampak).
"Space is the boundless, three-dimensional extent in which objects and events occur and have relative position and direction.Physical space is often conceived in three linear dimensions, although modern physicists usually consider it, with time, to be part of a boundless four-dimensional continuum known as spacetime. In mathematics,"spaces" are examined with different numbers of dimensions and with different underlying structures. The concept of space is considered to be of fundamental importance to an understanding of the physical universe. However, disagreement continues between philosophers over whether it is itself an entity, a relationship between entities, or part of a conceptual framework."

Ruang Terbuka (Ruang Konkrit)
Ruang sebenar yang wujud pada persekitaran seperti bangunan, alam ciptaan ALLAH S.W.T, kenderaan dan lanskap persekitaran.

Ruang Ilusi (Ruang Tampak)
Ruang yang dihasilkan oleh pengkarya seni dalam sesebuah karya dua dimensi berupa lukisan atau catan, model reka bentuk industri serta model reka bentuk hiasan dalam dan luar bangunan.

KONSEP RUANG DALAM KARYA SENI
Ruang Dalam
Ruang yang dipersembahkan dalam karya yang memperlihatkan keluasan dari segi saiz dan jarak. Konsep ruang dalam ini mempunyai kedudukan perspektif titik lenyap yang terbahagi kepada tiga jenis perspektif. (Perspektif satu titik lenyap, Perspektif dua titik lenyap dan Perspektif tiga titik lenyap). Selalunya pelukis menghasilkan ruang dalam dalam karya mereka akan memilih tema pemandangan dan lukisan alam. Ruang dalam ini akan mempamerkan pembahagian ruang hadapan,ruang tengah dan ruang belakang. Sejajar dengan itu ton warna, jalinan dan komposisi setiap objek akan serentak menjadi penting untuk menunjukkan konsep ruang.

Ruang Cetek
Ruang yang kelihatan dekat. Kebiasaannya ruang cetek tidak mempunyai keluasan atau kedudukan perspektif titik lenyap yang jelas. Pelukis menghasilkan ruang cetek dalam karya akan memilih tema lukisan atau catan potret dan karya abstrak yang tidak menunjukkan konsep ruang.

Ruang Rata
Ruang rata merupakan ruang yang paling minimum dan tidak menunjukkan kedudukan dalaman. Konsep ruang rata ini boleh dilihat dari hasil logo, corak dan karya abstrak. Ciri-ciri ruang rata adalah bersifat mendatar dan tidak ada ruang perspektif.

HUBUNGAN RUANG DAN WARNA
Perspektif warna dapat menimbulkan ilusi jarak dan ruang. Dalam catan pemandangan, kawasan atau objek diwarnakan dengan warna yang lebih gelap dan dilukis dengan lebih jelas dan teliti. Kawasan atau objek yang jauh pula diwarnakan dengan warna terang, pudar dan lembut untuk menonjolkan konsep ruang dalam catan. Nilai ton warna akan memperlihatkan kesan ilusi ruang bergerak sama ada keluar atau ke dalam mengikut cahaya yang diwujudkan melaluinya.


HUBUNGAN RUANG DAN BENTUK
Saiz bentuk yang berturutan dari besar ke kecil dan sebaliknya akan memberi impak ruang yang nyata. Maka konsep ruang terbuka akan lebih berjaya ditonjolkan.  


Selamat Belajar Seni

CK Amane

Wednesday, April 4, 2012

KURSUS PENYEBARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) TINGKATAN 1 2012

Kursus Penyebaran Pentaksiran PBS Tingkatan 1 telah diadakan pada 2-4 April 2012 baru-baru ini bertempat di SMK Semenchu. Kursus ini melibatkan seramai 21 wakil guru Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah Daerah Kota Tinggi. Setiap guru dibekalkan dengan Dokumen Standard Prestasi (DSP) bagi subjek Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1. Kursus ini merupakan anjuran Unit Pentaksiran Berasaskan Sekolah Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor.








Definisi Dokumen Standard Prestasi
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid mengetahui dan menguasai perkara yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

Kerangka Standard Prestasi
Band 1        Tahu
Band 2        Tahu dan Faham
Band 3        Tahu, Faham dan Boleh Buat
Band 4        Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
Band 5        Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
Band 6        Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

Tafsiran Band
Band 1        Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberikan 
                    respon kepada pekara yang asas

Band 2        Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah
                    serta menjelaskan apa yang telah dipelajari

Band 3        Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran dalam satu-
                    satu situasi

Band 4        Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau
                    secara sistematik

Band 5        Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan mengikut prosedur
                   atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif

Band 6        Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan
                    membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan
                    seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat
                    menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal

Kenapa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dimulakan dengan kumpulan pelajar tingkatan 1 bagi tahun 2012?
Mulai tahun 2014, penilaian berasaskan peperiksaan awam bagi PMR akan dimansuhkan. Pelajar akan dinilai berdasarkan pencapaian tiga tahun bermula tingkatan 1(2012). Penilaian ini akan dijalankan oleh setiap guru mata pelajaran. Tiada lagi istilah 8A untuk PMR (tingkatan 3) tetapi semua subjek termasuk PSV. Sila klik link surat pekeliling mengenai PBS
http://www.moe.gov.my/lp/files/pekeliling/2011/SP%20Bil%202%202011%20Penambahbaikan%20PMR.pdf

Oleh itu semua pelajar harus berusaha menunjukkan prestasi cemerlang kerana tiada lagi istilah A tetapi akan diganti dengan Band 1 hingga 6 bagi setiap mata pelajaran.

Sunday, March 25, 2012

Lawatan Sambil Belajar Pelajar SPM Seni 2012 ke Muzium Kota Tinggi

AKTIVITI PENERAPAN KONSEP DBAE
(Dicipline Based of Art Education)

NAMA PROGRAM   : LAWATAN PAMERAN TEKSTIL
TARIKH                     : 22 MAC 2012
TEMPAT                   : MUZIUM KOTA TINGGI, JOHOR
MASA                       : 3.00 – 6.00 PETANG
NAMA GURU          : PN. NURAMANI BINTI ZAINUDDIN

Bergambar kenangan di hadapan pintu masuk utama Muzium Kota Tinggi

Guru bersama-sama pelajar SPM yang turut serta dalam aktiviti ini

Meninjau ruang pameran Tekstil sambil bawa nota edaran dari guru

Bergambar kenangan dengan mesin jahit jenis tangan dahulukala

Sebahagian bahan tekstil yang dipamer pada ruang pameran dalam Muzium Kota Tinggi

Alatan memintal benang dari zaman dahulukala

Meneliti nota edaran mengenai tajuk tenunan

Bergambar sebelum beredar dari Muzium Kota Tinggi
Kain songket lambang kehalusan seni kemahiran tangan warisan yang menjadi kemegahan bangsa telah lama bertapak dalam budaya tradisi kita. Mula berkembang di beberapa negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Di Kelantan kegiatan menenun ini dipelopori oleh Cik Siti Wan Kembang yang memerintah Kelantan sekitar tahun 1610 hingga 1677. Kampung Gerung yang terletak dalam jajahan Tumpat antara daerah yang terawal menjalankan kegiatan menenun. Kemudian kegiatan ini berkembang ke Kampung Penambang yang terletak berhampiran dengan pusat bandar.

Di Terengganu tenunan songket dipercayai bermula sejak pemerintahan Sultan Marhum Janggut atau Sultan Mansur (1726-1793). Kawasan yang banyak menjalankan kegiatan ini terletak di sekitar Kampung Banggol, Kuala Ibai dan Chendering.

Songket berasal dari perkataan ‘sungkit’ iaitu ‘teknik menyungkit’ benang loseng (warp) dengan menggunakan bilah buluh atau nibung bagi tujuan menghasilkan reka corak atau sulaman pada kain tenunan . Kemudian benang emas atau perak disulam atau disungkit mengikut reka corak yang telah ditentukan mengikut bilah buluh atau nibung tadi.

7 TEKNIK PEMBUATAN SONGKET

1. Mencelup benang
Benang perlu dibersihkan sebelum dicelup ke dalam pewarna. Benang kemudiannya dikeringkan.

2. Menerai benang
Pelenting yang diperbuat daripada buluh kecil digunakan untuk melilit benang. Proses ini dilakukan dengan bantuan alat darwin dan alat pemutar rahat.

3. Menganeng benang
Proses membuat benang loseng yang diregang di alat penenun bagi menentukan saiz panjang atau jumlah helai kain yang akan ditenun.

4. Menggulung benang
Benang yang diregang di alat menganeng (ianian) digulung dengan sekeping papan loseng.

5. Menyapuk/mengait benang
Kerja menyapuk dilakukan sesudah benang loseng dimasukkan ke dalam gigi atau sikat jentera. Dua urat benang loseng dikaitkan melalui setiap celah gigi jentera.

6. Mengarak benang
Karak dibuat daripada benang asing yang digelung. Benang loseng berangka genap dan ganjil akan diangkat turun naik secara berselang seli ketika menenun.

7. Menyongket benang (selepas graf lukisan motif dilakar)
Proses mereka corak di atas benang loseng dilakukan menggunakan alat yang dipanggil lidi dengan menyongketkan benang loseng sebanyak tiga atau lima lembar sebelum diikat melalui proses ikat butang.

8. Menenun (menggunakan alat tenunan dikenali sebagai kek songket)
Alat torak yang diisi dengan benang pakan atau benang emas, dimasukkan ke kiri dan kanan di celah benang loseng mengikut corak yang ditentukan hingga menjadi sekeping kain. Kain yang sudah siap ini dipotong mengikut saiz.

(Sumber: Fatimah Besar, pengasas Fatimah Songket)

SONGKET adalah hasil tenunan tangan tradisional orang Melayu yang amat berharga. Ia ditenun dengan alat yang menggunakan kaki sebagai pengayuh. Tenunan songket biasanya dikuasai oleh kaum wanita terutama di Pantai Timur Semenanjung dan Sarawak.

Kain yang berasal daripada istana ini lazimnya ditenun dengan benang sutera tetapi sekarang terdapat kain songket buatan benang kapas dan juga gabungan kedua-duanya.

Pada zaman sains dan teknologi ini penenun gemar menggunakan benang tiruan seperti polister kerana murah dan mudah diperoleh.

Songket dalam erti kata lain bermaksud benang pakan tambahan yang disulam tenun ke dalam kain tenunan biasa bagi menimbulkan pelbagai corak dan motif. Benang tambahan ini terdiri daripada benang emas atau perak, benang berwarna atau benang metalik yang bercahaya beraneka warna.

Menurut Koordinator Batik International Research Design Access (Birda), International Institute of Design Excellence, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Norwani Md. Nawawi, corak dan motif pada kain songket memaparkan ciri-ciri unik identiti orang Melayu.

Motif-motif tradisional kebanyakannya masih kekal ke hari ini. Namun, perubahan sentiasa berlaku selari dengan penggunaan kain songket yang meluas mengikut kesesuaian masa kini,katanya.

Beliau menambah, kecantikan songket terletak pada reka corak yang halus dan rumit serta motif yang dihasilkan di atas kain tenunan tangan. Terdapat lebih daripada 100 motif tradisional yang ditenun di atas kain songket sarung dan kain lepas atau kain selendang.

Penenun-penenun tradisional biasanya tinggal di kampung-kampung yang dikelilingi oleh bermacam-macam jenis pokok buah-buahan atau berdekatan dengan laut dan sering mengalami musim tengkujuh.

Mereka sangat kreatif dan mempunyai pemerhatian yang tajam dan daya imaginasi yang kuat. Hasilnya kebanyakan motif songket adalah nama-nama daripada pokok, bunga, burung dan ada juga daripada kuih-kuih Melayu yang menjadi kesukaan raja-raja seperti seri kaya, wajik dan tepung talam, ujar beliau lagi.

Dr. Norwani berkata, sejarah songket pada zaman dulu mengaitkan songket dengan pakaian raja. Kelangsungan itu, kain songket dijadikan pakaian raja sehari atau pakaian pengantin rakyat.

Kini penggunaan kain songket diperluaskan seperti penerapan pada bahagian tertentu pakaian moden seperti yang dipakai artis atau pramugara. Begitu juga dengan produk kraf tangan.

Biodata Dr. Norwani Md. Nawawi

* Lebih mesra dengan panggilan Noni dilahirkan di Johor Bahru, Johor, pada 8 Oktober 1957. Beliau menuntut di Institut Teknologi Mara dari tahun 1976 hingga 1980 dalam jurusan Seni Reka Tekstil.

* Beliau telah menunjukkan potensi yang cemerlang sehingga mendapat anugerah pelajar terbaik dari Jabatan Seni Reka Tekstil dan pelajar terbaik keseluruhan Kajian Seni Lukis dan Seni Reka pada tahun 1980.

* Selepas menerima ijazah, Dr. Norwani menyertai Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) khusus sebagai pereka tekstil. Bidang ini telah mendedahkan beliau ke satu arena baru dalam mereka bentuk tekstil dan telah menggalakkannya untuk membuat banyak percubaan. Bakat unggul Dr. Norwani terserlah dalam mencipta rekaan-rekaan eksklusif dan terbaru.

* Dr. Norwani menghasilkan rekaan-rekaan yang baik dalam songket, batik dan tekatan. Sentuhan beliau jelas kelihatan dalam rekaan-rekaannya yang menggabungkan keringkasan dan ketampanan. Pengalamannya dengan PKKM begitu luas. Bersama dengan kumpulannya mereka telah berjaya memperkenalkan reka bentuk moden dalam pembuatan songket yang menggunakan benang emas dan benang sutera.

* Penenun songket kini telah mula menggunakan warna lembut, motif geometri dan songket ela. Ini adalah satu dimensi baru dalam pertumbuhan industri songket.

* Pada awal tahun 1996, Dr. Norwani telah menyertai UiTM sebagai pensyarah Jabatan Seni Tekstil.
Ketika Empayar Melaka sedang pada puncaknya pada abad ke-15, dengan Islam sebagai agama utama, Pakaian tradisional Melayu, Baju Melayu mula direka. Ini jelas dinaytakan di dalam buku "Sejarah Melayu" atau "Sulalatus Salatin". Baju Kurung ketika itu merujuk kepada baju yang digunapakai oleh lelaki dan perempuan melayu. Baju kurung ini berkeadaan ketat dan singkat. Tun Hassan menjadi pelopor apabila beliau mengubahsuai bentuk baju kurung asal kepada bentuk baju melayu yang dipakai kini. Pada ketika itu, telah wujud protokol untuk berbaju kurung ketika mengadap Sultan.

Ada juga yang mengatakan baju kurung mula popular di akhir abad ke-19 oleh Sultan Abu Bakar dari Johor. Ianya dikatakan direka oleh HRH Sultan Abu Bakar pada tahun 1866. Beliau memperkenalkan Baju Kurung Teluk Belanga sempena ibu negeri Johor dahulu di Teluk Belanga (sekarang ini di Singapura) sebelum ibu negeri Johor bertukar kepada Johor Bahru. Pada ketika itu, nama Baju kurung Teluk Belanga adalah untuk lelaki dan wanita. Apabila tanah melayu semakin berkembang pesat, Nama "Baju Melayu" digunapakai untuk baju kurung yang digunakan oleh lelaki dan nama baju kurung kekal digunakan oleh wanita.
sumber dari blog:
http://bajukurungbudak.blogspot.com/2011/03/sejarah-baju-kurung.html

Sunday, March 11, 2012

Kelas 2611 kertas 2 (Seni Halus) 8 Mac 2012

Pada 8 Mac 2012 (Khamis): Kelas PSV SPM dihadiri 4 orang pelajar untuk mengikuti Pdp tajuk catan. Pelajar diberi tips bagaimana kaedah menghasilkan catan pokok dalam tempoh yang singkat. Pelajar juga diajar kemahiran membancuh warna air dan eksplorasi teknik campuran warna yang diistilahkan dalam seni catan sebagai warna 'masak' dan warna 'mentah'.

Ezzate Atiqah Bt Ezrangee (5 Intan)

Nisa Syakila Bt. A.Rahman (5 Intan)

Nur Syamina Bt. Mohd Sharifuddin (5 Baiduri)

Aifaa Syafiq B. Ismail (5 Delima)
Kelas PSV SPM berakhir jam 5.20 petang.

Sunday, February 19, 2012

SOALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KERTAS 3 TAHUN 2012

Sila klik pada paparan dibawah
http://www.moe.gov.my/lp/files/pbs/spm/2012/2012%202611-3/2012%202611-3%20QP%20CRC.pdf

SENARAI NAMA PELAJAR SPM YANG MENGAMBIL PSV 2611/1, 2611/2 DAN 2611/3
  1. Fairuz Najihah Binti Kamaruddin        SPM Baiduri (Pilihan No.2/Ruang Bilik Bayi)
  2. Nur Syamina Binti Mohd Sharifuddin SPM Baiduri (Pilihan No.1/Kasut)
  3. Aifaa Syafiq Bin Ismail                        SPM Delima (Pilihan No.2/Ruang Bilik Bayi)
  4. Nisa Syakila Binti A.Rahman               SPM Intan (Pilihan No.1/Kasut)
  5. Ezzate Afeqah Binti Ezrangee              SPM Intan (Pilihan No.4/Beg Batik Ikat Celup)
Kelas akan dijalankan setiap minggu sebagaimana ketetapan di bawah:
Hari     : Khamis
Masa    : 3.30-5.00 petang
Tempat : Bilik seni SAKTI

UNSUR GARISAN DALAM LUKISAN

"Line is the basic element that refers to the continuous movement of a point along a surface, such as by a pencil or brush. The edges of shapes and forms also create lines. It is the basic component of a shape drawn on paper. Lines and curves are the basic building blocks of two dimensional shapes like a house's plan. Every line has length, thickness, and direction. There are curved, horizontal, vertical, diagonal, zigzag, wavy, parallel, dash, and dotted lines."

Garisan pada dasarnya merupakan asas titik yang bersambung merentasi suatu permukaan menggunakan instrumen pensel atau berus. Setiap garisan yang terhasil dapat memberi kesan visual sesuai dalam lukisan pelan, permulaan suatu hasil karya dua dimensi atau asas idea bagi hasil karya tiga dimensi. Garisan juga boleh dikategorikan sebagai garisan nipis, tebal, melintang, menegak, zig zag, beralun, putus-putus dan titik-titik. Sebuah buku Glosari Seni Lukis terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1996 menegaskan karya garisan merupakan lukisan yang dipenuhi dengan lakaran garis pada keseluruhannya.
Kaedah Dicipline Based of Art Education yang diterapkan dalam Pdp

Suasana di bilik seni SAKTI dengan pelajar PMR Delima 2012


Benjamin dan Rishi antara pelajar PMR Delima 2012

"Line is most easily defined as a mark that spans a distance between two points (or the path of a moving point), taking any form along the way. As an art element, line pertains to the use of various marks, outlines and implied lines in artwork and design, most often used to define shape in two-dimensional work. Implied line is the path that the viewer's eye takes as it follows shapes, colours, and form along a path, but may not be continuous or physically connected, such as the line created by a dancer's arms, torso, and legs when performing an arabesque. Lines are in everyday life."

Tahniah SAKTI sinarmu sudah tersebar!

Pada 3 Februari 2012 yang telah lalu, SAKTI telah dianugerahi dengan pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 3 bagi tahun 2012. SAKTI merupakan antara 4 buah sekolah menengah yang menerima anugerah tersebut pada Majlis yang julung kali diadakan di Parcel E, Kompleks KPM Putrajaya. Seramai 20 orang  wakil pelajar dan 3 orang wakil Alumni SAKTI serta 5 orang guru termasuk Tuan Pengetua, PK Akademik dan Penyelaras SBT 2011/2012 hadir. Semoga pengiktirafan ini menjadi satu titik permulaan yang lebih bersinar untuk SAKTI terus gagah cemerlang dalam semua aspek. Tahniah SAKTI!
Tn.Hj.Mohamad Bin Mahadi dan Ketua Pelajar SAKTI

Suasana di luar Auditorium Parcel E selepas Majlis Pengiktirafan SBT
Pun begitu, ucapan tahniah dan takzim ini perlu ditujukan khas buat mantan Pengetua Cemerlang Tn.Hj.Hassan Bin Topit atas segala tunjuk-ajar dan pentadbiran beliau yang efisien. Turut diingati buat semua warga SAKTI, guru-guru yang dihormati jasa dan pengorbanan mereka yang tidak mengenal masa, staf sokongan yang begitu dedikasi melonjakkan prestasi kerja berpasukan, anak-anak SAKTI yang menjayakan program dan aktiviti akademik dan kokurikulum. Tiada ruangan yang mencukupi untuk dibariskan segala pengorbanan dan usaha berterusan semua pihak bagi menjayakan pengiktirafan ini. Semoga ALLAH S.W.T. memberikan semangat sepasukan kita ini menjadi lebih bermakna untuk ukhuwah murni demi agama, bangsa dan negara.
Bergambar kenangan di pentas utama Auditorium Parcel E, Kompleks KPM Putrajaya
SAKTI MENERAJUI.... InsyaALLAH