PERMULAAN 2013

PERMULAAN 2013
Suasana bilik Seni SAKTI 2013
"There are no shortcuts to success and failure is sometimes part and parcel of such an undertaking"


Wednesday, August 15, 2012

Taklimat Penyelarasan Skor PBS KRSV SPM 14 Ogos 2012

Taklimat Penyelarasan PBS KRSV SPM peringkat Daerah Kota Tinggi diadakan pada 15 Ogos 2012 di SMK Bandar Easter, Kota Tinggi.
Sesi menilai markah bawah seliaan guru berpengalaman En.Taufiq (SMK Tg.Datuk)
Perdebatan antara Pentaksir Kawasan KRSV SPM Daerah Kota Tinggi

Melihat hasil folio sekolah lain

Saturday, July 21, 2012

Angin Beku Dari Taman Rumah Cikgu

Kelas SPM Seni pada 5 Julai 2012 yang lalu telah diadakan di kediaman CK Amane. Tujuan utamanya untuk memberi suasana yang selesa pada pelajar untuk menyiapkan folio peringkat akhir. Folio dan artifak berada di peringkat kekemasan akhir. Pemarkahan folio dan artifak dah diberi oleh guru. Tahniah pada semua anak pelajar. Kelas berikutnya akan tertumpu pada soalan teori dan kertas Seni Halus.




asas

Monday, July 16, 2012

Bengkel Penggubalan Soalan Percubaan SPM PSV Daerah 16Jul2012

Pada 16 Julai 2012 bersamaan hari Isnin di SMK Bandar Easter telah diadakan satu Bengkel Penggubalan Soalan Percubaan SPM PSV Daerah Kota Tinggi. Seramai 20 orang guru PSV Daerah Kota Tinggi menghadiri bengkel ini. Penetapan Jadual Spesifikasi Item  (JSI) telah dijalankan bagi soalan percubaan SPM 2012.

Taklimat oleh En.Pauzi Bin Mohamed

Sebahagian guru PSV wanita yang hadir

Bergambar dengan Pn.Kamariah Kasban dari SMK Sri Saujana

Contoh JSI aras tinggi


Friday, June 15, 2012

Pemantauan Sesi 1: Pentaksiran KRSV SPM 2012 (14 Jun 2012)

Pada 14 Jun 2012(Khamis) yang lalu, SAKTI menerima kunjungan dari Pentaksir Kawasan iaitu En.Fauzi Bin Mohamed dari SMK Bandar Mas. Pemantauan melibatkan Kajian Rekaan Seni Visual kertas 2611/3 dan sebanyak 5 buah folio dan artifak yang disemak. Terima kasih buat En.Fauzi Bin Mohamed kerana memberikan komen dan idea yang bernas untuk menambah markah calon berkenaan. Pemantauan Sesi 2 (Final) akan dilaksanakan sekitar pertengahan bulan Julai 2012.
En.Fauzi Bin Mohamed sedang meneliti keseluruhan FOLIO pelajar

Wow...berdebarnya pula masa ni..

Folio&Artifak pelajar yang dipersembahkan

Antara Folio&Artifak pelajar yang dipersembahkan

2 calon memilih tajuk Model Bilik Bayi (Soalan No.2)

Hasil Artifak calon Nursyamina tajuk Reka Corak Kasut (Soalan No.1)

Hasil Artifak calon Nisa Syakila tajuk Reka Corak Kasut (Soalan No.1)

Hasil Artifak calon Ezzate Afeqah tajuk Beg Ikat Celup (Soalan No.4)

Buat calon SPM SAKTI yang cikgu sayangi, masih ada masa untuk usaha memperbaiki markah anda.
Alhamdulillah semoga berjaya anak-anak sekalian!! 

Tuesday, June 12, 2012

Aktiviti Menghasilkan Artifak Kajian Rekaan Seni Visual SPM 2012

Nampaknya KRSV hampir melabuhkan tirainya tak lama lagi. Dijangka pertengahan Julai 2012 nanti merupakan tempoh akhir penilaian folio dan artifak. Hampir 70% artifak telah disiapkan oleh pelajar.
Fairuz Najihah Binti Kamaruddin (5 Baiduri)

Nursyamina Binti Mohamad Sharifuddin (5 Baiduri)

Aifaa Syafiq Bin Ismail (5 Delima)

Ezzate Afeqah Binti Ezrangee (5 Intan)

Nisa Syakila Binti A.Rahman (5 Intan)

Keep it up!!

CK Amane

Friday, May 4, 2012

RUANG DALAM KONTEKS WARNA DAN BENTUK

Kombinasi konsep 3-1 merupakan cabang DBAE (Dicipline Based Art Education) bagi tajuk ruang, warna dan bentuk. Ruang merupakan tajuk yang pelajar mudah faham kerana saling berkaitan dengan konsep perspektif, jarak atau keluasan sesuatu kawasan. Hampir semua objek atau imej boleh dilihat dari sudut hadapan, belakang, atas atau bawah.

DEFINISI RUANG
Ruang ialah jarak dua objek yang menjadikan kawasan di antara objek itu satu keluasan dan kelebaran saiz. Konsep ruang memainkan peranan yang amat penting dalam seni grafik, reka bentuk hiasan dalaman dan reka bentuk seni bina. Terdapat dua jenis ruang iaitu ruang terbuka (ruang konkrit) dan ruang ilusi (ruang tampak).
"Space is the boundless, three-dimensional extent in which objects and events occur and have relative position and direction.Physical space is often conceived in three linear dimensions, although modern physicists usually consider it, with time, to be part of a boundless four-dimensional continuum known as spacetime. In mathematics,"spaces" are examined with different numbers of dimensions and with different underlying structures. The concept of space is considered to be of fundamental importance to an understanding of the physical universe. However, disagreement continues between philosophers over whether it is itself an entity, a relationship between entities, or part of a conceptual framework."

Ruang Terbuka (Ruang Konkrit)
Ruang sebenar yang wujud pada persekitaran seperti bangunan, alam ciptaan ALLAH S.W.T, kenderaan dan lanskap persekitaran.

Ruang Ilusi (Ruang Tampak)
Ruang yang dihasilkan oleh pengkarya seni dalam sesebuah karya dua dimensi berupa lukisan atau catan, model reka bentuk industri serta model reka bentuk hiasan dalam dan luar bangunan.

KONSEP RUANG DALAM KARYA SENI
Ruang Dalam
Ruang yang dipersembahkan dalam karya yang memperlihatkan keluasan dari segi saiz dan jarak. Konsep ruang dalam ini mempunyai kedudukan perspektif titik lenyap yang terbahagi kepada tiga jenis perspektif. (Perspektif satu titik lenyap, Perspektif dua titik lenyap dan Perspektif tiga titik lenyap). Selalunya pelukis menghasilkan ruang dalam dalam karya mereka akan memilih tema pemandangan dan lukisan alam. Ruang dalam ini akan mempamerkan pembahagian ruang hadapan,ruang tengah dan ruang belakang. Sejajar dengan itu ton warna, jalinan dan komposisi setiap objek akan serentak menjadi penting untuk menunjukkan konsep ruang.

Ruang Cetek
Ruang yang kelihatan dekat. Kebiasaannya ruang cetek tidak mempunyai keluasan atau kedudukan perspektif titik lenyap yang jelas. Pelukis menghasilkan ruang cetek dalam karya akan memilih tema lukisan atau catan potret dan karya abstrak yang tidak menunjukkan konsep ruang.

Ruang Rata
Ruang rata merupakan ruang yang paling minimum dan tidak menunjukkan kedudukan dalaman. Konsep ruang rata ini boleh dilihat dari hasil logo, corak dan karya abstrak. Ciri-ciri ruang rata adalah bersifat mendatar dan tidak ada ruang perspektif.

HUBUNGAN RUANG DAN WARNA
Perspektif warna dapat menimbulkan ilusi jarak dan ruang. Dalam catan pemandangan, kawasan atau objek diwarnakan dengan warna yang lebih gelap dan dilukis dengan lebih jelas dan teliti. Kawasan atau objek yang jauh pula diwarnakan dengan warna terang, pudar dan lembut untuk menonjolkan konsep ruang dalam catan. Nilai ton warna akan memperlihatkan kesan ilusi ruang bergerak sama ada keluar atau ke dalam mengikut cahaya yang diwujudkan melaluinya.


HUBUNGAN RUANG DAN BENTUK
Saiz bentuk yang berturutan dari besar ke kecil dan sebaliknya akan memberi impak ruang yang nyata. Maka konsep ruang terbuka akan lebih berjaya ditonjolkan.  


Selamat Belajar Seni

CK Amane

Wednesday, April 4, 2012

KURSUS PENYEBARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) TINGKATAN 1 2012

Kursus Penyebaran Pentaksiran PBS Tingkatan 1 telah diadakan pada 2-4 April 2012 baru-baru ini bertempat di SMK Semenchu. Kursus ini melibatkan seramai 21 wakil guru Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah Daerah Kota Tinggi. Setiap guru dibekalkan dengan Dokumen Standard Prestasi (DSP) bagi subjek Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1. Kursus ini merupakan anjuran Unit Pentaksiran Berasaskan Sekolah Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor.








Definisi Dokumen Standard Prestasi
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid mengetahui dan menguasai perkara yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

Kerangka Standard Prestasi
Band 1        Tahu
Band 2        Tahu dan Faham
Band 3        Tahu, Faham dan Boleh Buat
Band 4        Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
Band 5        Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
Band 6        Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

Tafsiran Band
Band 1        Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberikan 
                    respon kepada pekara yang asas

Band 2        Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah
                    serta menjelaskan apa yang telah dipelajari

Band 3        Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran dalam satu-
                    satu situasi

Band 4        Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau
                    secara sistematik

Band 5        Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan mengikut prosedur
                   atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif

Band 6        Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan
                    membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan
                    seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat
                    menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal

Kenapa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dimulakan dengan kumpulan pelajar tingkatan 1 bagi tahun 2012?
Mulai tahun 2014, penilaian berasaskan peperiksaan awam bagi PMR akan dimansuhkan. Pelajar akan dinilai berdasarkan pencapaian tiga tahun bermula tingkatan 1(2012). Penilaian ini akan dijalankan oleh setiap guru mata pelajaran. Tiada lagi istilah 8A untuk PMR (tingkatan 3) tetapi semua subjek termasuk PSV. Sila klik link surat pekeliling mengenai PBS
http://www.moe.gov.my/lp/files/pekeliling/2011/SP%20Bil%202%202011%20Penambahbaikan%20PMR.pdf

Oleh itu semua pelajar harus berusaha menunjukkan prestasi cemerlang kerana tiada lagi istilah A tetapi akan diganti dengan Band 1 hingga 6 bagi setiap mata pelajaran.