PERMULAAN 2013

PERMULAAN 2013
Suasana bilik Seni SAKTI 2013
"There are no shortcuts to success and failure is sometimes part and parcel of such an undertaking"


Tuesday, October 25, 2011

RUANG DALAM SENI CATAN


Dalam fizik, masa dan ruang dianggap asas (cth. mereka tak boleh ditakrifkan dalam istilah lain). Demikian hanya takrifan kemungkinan ini suatu operasi masa yang ditakrifkan oleh proses ukuran dan oleh unityang terpilih. Ruang menjadi perhatian banyak ahli falsafah dan cendekiawan sepanjang sejarah manusia. Istilah ini digunakan dengan bezanya dalam berbagai bidang kajian, seperti falsafah, matematik, astronomi dan psikologipengukuran. Ilmu sendiri menganggap bahawa ruang adalah suatu kesatuan asas, iaitu suatu kesatuan yang tidak dapat ditakrifkan oleh kesatuan yang lain. Konsep ruang dalam seni catan terbahagi kepada tiga iaitu ruang hadapan, ruang tengah dan ruang belakang.  sehingga sukar untuk memberikan suatu makna sejagat yang jelas tanpa pendekatan yang lebih sesuai. Terdapat pula percanggahan tentang adakah ruang itu sendiri dapat diukur atau merupakan sebahagian dari sistem

Kaedah Menghasilkan Ruang dalam Catan
a. Perbezaan saiz dan jarak objek
Objek yang paling dekat akan kelihatan besar daripada objek yang jauh. Perbezaan saiz objek akan memberi impak ilusi ruang 

b. Perbezaan nilai warna
Warna secara langsung memberi impak ilusi ruang bagi karya-karya dua dan tiga dimensi. Warna panas dan berkontra akan kelihatan dekat atau timbul daripada permukaan hasil karya. warna sejuk atau samar-samar lazimnya kelihatan jauh dan tenggelam ke latar catan. 

c. Keletakan objek menegak dan bertindih
Objek yang tidak tertutup akan kelihatan seperti di hadapan berbanding dengan objek yang tertutup atau bertindih dengan objek yang di hadapan. Perbezaan saiz objek juga akan mewujudkan ilusi ruang yang amat berkesan sekiranya menggunakan teknik tindihan atau keletakan objek yang menegak.

Pelajar menghasilkan projek Ruang dalam Seni Catan secara individu. Mereka telah dibekalkan media cat tempera. kertas lukisan, berus dan peralatan mewarna. 




Selamat berkarya!

Thursday, July 28, 2011

Bengkel Penandaan SPM Pendidikan Seni Visual Kertas 2611/2 Daerah Kota Tinggi 27Julai2011

Pada 27 Julai 2011 (Rabu) telah di adakan satu Bengkel Penandaan Kertas 2 Pendidikan Seni Visual SPM Daerah Kota Tinggi. Bengkel ini dihadiri oleh guru-guru PSV sekolah menengah yang berlangsung di SMK Bandar Ester.
Taklimat dari JU PSV Daerah Kota Tinggi En.Fauzi dari SMK Bdr Mas






Demo kertas 2611/2 oleh En.Azahar Hj.Atan dari SMK Tun Habab

Semua guru PSV yang hadir telah diberi tips yang amat berguna tentang bagaimana untuk menghasilkan karya dengan masa yang lebih pendek. Teknik-teknik catan cat air dan penggunaan media yang bersesuaian dapat memudahkan pelajar PSV menghasilkan karya catan mereka dengan lebih efektif.


En.Zamani dan Pn.Kamariah sedang mempamerkan hasil karya guru


Sesi kritikan seni

sebahagian dari hasil karya guru-guru PSV Daerah Kota Tinggi


En.Fauzi memberikan komen-komen membina dan sesi penutup

Gambar kenangan peserta Bengkel Penandaan 2611/2 yang hadir


Selamat Menanda guru-guru PSV Daerah Kota Tinggi!

Friday, April 15, 2011

Aplikasi Ruang dalam Seni Arca Pra PMR Mutiara

Ruang dan arca mempunyai hubungan yang sangat rapat. Ruang yang diwujudkan pada arca akan menentukan sifat arca yang hendak digubah. Penempatan arca dengan situasi ruang yang bersesuaian akan memberi kesan kepada mesej dan konsep. Guru telah menjelaskan konsep irama dan pergerakan dalam penghasilan idea Arca mengikut kumpulan masing-masing. Tahniah atas kerjasama dan kesungguhan semua pelajar kelas Pra PMR Mutiara kerana berjaya menghasilkan artifak yang menarik.
Olahan Unsur Bentuk Menghasilkan Irama dan Pergerakan
Objek atau elemen seni yang disusun menghala ke arah tertentu akan menghasilkan irama dan pergerakan. Susunan bentuk dalam pelbagai saiz, ketinggian, gaya gerakan dan keadaan objek yang dilengkung atau tidak lurus juga akan menghasilkan konsep pergerakan.  
Sesi Apresiasi Seni: Setiap kumpulan memperjelaskan projek masing-masing



Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan artifak dan folio

Definisi Irama dan Pergerakan
Unsur irama dan pergerakan (Rythm) dalam seni visual merupakan suatu prinsip reka bentuk. Pergerakan ialah keadaan objek yang bergerak, bergegar,bergoyang,bersinar dan berayun. Irama pula ialah satu kesan ilusi yang wujud daripada perulangan susunan satu atau lebih objek secara berterusan untuk menimbulkan harmoni. Objek yang tersusun itu adalah objek utama dan berbeza dengan latar.
Hasil artifak setiap kumpulan sebelum sesi Kritikan Seni

Thursday, April 7, 2011

Apresiasi SAKTI'S WALK Tingkatan PMR Baiduri 7 April 2011

Sesi apresiasi dijalankan pada minggu kedua pembelajaran dan pengajaran. Pembentangan hasil artifak mengikut kumpulan masing-masing di bawah penyeliaan guru. Pemilihan lokasi luar iaitu gazebo luar bilik seni sedikit sebanyak memberi ruang santai pada semua pelajar.
Sesi Apresiasi Seni berjalan di luar bilik seni

Pemilihan Artifak Terbaik mengikut undian

Pembentangan ikut kumpulan masiing-masing

Soal jawab antara dua hala

Intipati pembentangan mengikut kriteria berikut:
i. Tema dan konsep Ruang dalam atrifak
ii. Masalah dan penyelesaian kerja secara berkumpulan
iii. Sesi kesimpulan oleh guru
Artifak Terbaik PMR Baiduri

Artifak tempat kedua

Artifak tempat ketiga

hasil setiap kumpulan dipamerkan ikut kedudukan undian

Pembelajaran dan Pengajaran berakhir mengikut jadual.

Wednesday, April 6, 2011

Projek Ruang Terbuka dan Ruang Tertutup

Unsur Seni - Ruang

A. Pengenalan
Ruang ialah jarak di antara objek yang wujud di dalam alam nyata dan juga dalam karya seni visual. Objek yang berada di hadapan kelihatan lebih jelas dan besar berbanding dengan objek sama saiz yang berada di bahagian belakang.
Contoh ruang yang wujud dalam karya seni visual digambarkan melalui kekuatan gubahan warna, jalinan, rupa dan bentuk.
B. Jenis-jenis Ruang
1.Ruang Fizikal
Ruang fizikal merupakan ruang yang terdapat di persekitaran.
Ruang fizikal boleh dibahagikan kepada 2 iaitu,
a. Ruang terbuka – suatu kawasan lapang dan luas.
b. Ruang tertutup – suatu kawasan yang sempit dan terhad.

Hasil Artifak Projek Ruang Tertutup Tingkatan 2 Nilam

Kumpulan Pelajar Tingkatan 2 Baiduri



2.Ruang Ilusi· Dalam konteks ini, ruang dapat diterjemahkan mengikut 3 peringkat berdasarkan
penggunaannya dalam karya seni visual seperti lukisan, catan dan rekaan grafik.
· 3 peringkat ruang tersebut ialah ruang dalam, ruang cetek dan ruang rata.
a. Ruang Dalam· Ruang dalam ialah perhubungan kesan penggunaan perspektif warna, perubahan saiz dan
bentuk dalam hasil karya seni seperti lukisan dan catan.
· Kajian nilai ton warna dan perubahan saiz berikut memperlihatkan kesan ilusi ruang
bergerak sama ada ke luar atau ke dalam mengikut arah cahaya yang diwujudkan melalui
nilai ton warna.
b. Ruang Cetek· Ruang cetek merupakan ruang yang wujud dalam lingkungan yang terbatas sama ada dari
dinding ke dinding atau ruang kedalamannya yang terhad.
c. Ruang Rata
· Ruang rata terhasil dalam karya, terutama catan apabila dilukis atau diolah elemen-elemen
gambaran pada satah yang sama.
· Ia memperlihatkan suasana rata dan sama pada suatu garisan ufuk.

C. Perkaitan Ruang dan Perspektif
Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek tersebut dilihat dari jarak jauh. Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif. Perubahan nilai ton warna akan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan sesuatu ruang mengikut ketentuan pelukis. Dalam karya 2D, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi 3D.
Hasil Artifak Ruang Terbuka Tingkatan 1 Nilam


Sesi Apresiasi Karya Ruang mengikut kumpulan

Apresiasi Karya oleh Tingkatan 1 Nilam

Ck Amane Nina Zainuddin
bukanputeri@yahoo.com

Tuesday, March 15, 2011

Apa Kepentingannya Subjek Pendidikan Seni Visual?


Menurut June McFee dalam bukunya bertajuk 'Preparation for Art', menyatakan seni adalah sebahagian dari kebudayaan sesuatu masyarakat kerana ianya adalah jelmaan daripada beberapa bahagian nilai, sikap dan kepercayaan dalam sesuatu masyarakat. Secara langsung kenyataan ini melambangkan bahawa seni merupakan cerminan budaya dalam sesebuah masyarakat. Tanpa budaya mesyarakat itu tidak kukuh dan tidak mengandungi nilai tamadun.

Menurut Sidi Ghazalba dalam bukunya bertajuk Pandangan Islam Tentang Kesenian menyatakan bahawa sesuatu kebudayaan ialah cara berfikir dan cara merasa, yang menyatakan diri dalam seluruh kelompok manusia yang membentuk masyarakat, dalam sesuatu ruang dan sesuatu waktu. Takrif ini dapat diringkaskan bahawa kebudayaan itu adalah cara berfikir dan cara menikmati dalam kehiduapan. Jelasnya ialah seni itu merupakan intipati 'Cara hidup' individu berkembang menjadi sebuah komuniti yang luas.

Menurut Herbert Read dalam bukunya 'The Meaning of Art', menyatakan Seni itu adalah penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Yang dimaksudkan dengan 'menyenangkan' ialah kesenangan estetik (aesthetic pleasure).Peluahan rasa indah yang diperolehi dari pengalaman, cetusan rasa dan diinterpretasi dalam bentuk karya sebagai cara untuk berkongsi dengan masyarakat.

Oleh yang demikian, mengapa ada dikalangan masyarakat meragui mata pelajaran Pendidikan Seni Visual?. Pendidikan Seni Visual lebih menjurus untuk melahirkan perubahan individu kepada nilai murni dengan memupuk diri dalam pengalaman estetik dan membentuk emosi yang seimbang. Beberapa kenyataan ini akan menguatkan hujah bahawa pentingnya Pendidikan Seni Visual dalam merealisasikan perubahan tingkahlaku manusia dalam dunia pendidikan.

Seni sebagai Alat Penyataan diri
Moholy Nagey menyatakan, satu cara untuk menggambarkan emosi adalah dengan menggunakan seni untuk merangsang dan menyatakan emosi itu. Sebenarnya melalui aktiviti-aktiviti seni kesan emosi diri akan merasakan kepuasan, lega, lapang perasaan, stabil emosi, dan ketengaan dari tekanan perasaan. Ini terbukti dengan membuat aktiviti melukis, kraf atau apa-apa kegiatan seni akan meimbulkan kesan kelegaan dengan meluahkan perasaan dalam hasil karya yang dibuat itu.

Seni Menajamkan Kepekaan dan Pengamatan
Pancaindera yang ada pada manusia seperti rasa, sentuhan, bau, penglihatan, pendengaran adalah fitrah yang Allah berikan kepada manusia. Pancaindera ini perlu disuburkan melalui sentuhan yang murni. Pengalaman seni memerlukan kepekaan terhadap pengamatan semasa penciptaan sesebuah karya seni, sebagai contoh semasa melukis, pengkarya perlu memberi perhatian dan pengamatan kepada objek yang difokuskan, maka berlakulah pengamatan secara teliti.
Pengalaman saya sendiri sebagai seorang guru Pendidikan Seni Visual, pelajar lazimnya meluahkan betapa sukar untuk melukis walaupun hanya melalui proses 'imitasi' (peniruan dari gambar atau imej sebenar). Belum lagi aktiviti yang melibatkan imaginasi yang logik. Namun kenapa masih terlalu ramai memberi hukuman mandatori, seni itu suatu subjek picisan, mudah dan sebagainya. Selalu ditafsirkan sebagai suatu bidang yang mempunyai nilai kapasiti yang rendah untuk diketengahkan sebagai bidang pilihan pelajar, ibu bapa malahannya dari kalangan profesional sendiri. Perlukah saya ulang lagi soalan yang menjadi tajuk di atas?

sumber: http://senivisual2.blogspot.com/2010/01/kepentingan-pendidikan-seni-visual.html


Encik Ibrahim Bin Omar, Perginya Seorang Pejuang Ilmu

Tahniah atas kenaikan pangkat beliau sebagai Pengetua SMK Kahang Timur, Kluang baru-baru ini. Seingat saya, beliau antara guru yang masih bertahan lama di SAKTI sejak saya mula-mula 'posting' April 2003. Beliau merupakan antara guru terbaik yang sentiasa tidak jemu mencurahkan ilmu Matematiknya walaupun setelah menjawat jawatan Penolong Kanan Akademik.
Mantan Penolong Kanan Akademik Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi
Semoga beliau gembira dengan sekolah baru dan menjadi Tuan Pengetua yang dikasihi dan cemerlang pada masa akan datang. Kami warga SAKTI sentiasa mendoakan yang terbaik untuk beliau. Amin

Terima Kasih Selayang Pandang,
Ujar Hati Selebar Padi,
Andai Kasih Terpandang,
Ada Budi Berjumpa Lagi.

Monday, March 14, 2011

Mesyuarat Panitia Pendidikan Seni Visual Daerah Kota Tinggi Bil 1/2011

Pada 10 Mac 2011, jam 2.00 petang berlangsungnya Mesyuarat kali pertama Panitia Pendidikan Seni Visual Daerah Kota Tinggi. Mesyuarat ini dijalankan di SMK Bandar Easter dan dipengerusi oleh Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual SMK Bandar Easter iaitu En.Fauzi Bin Ali.
En. Fauzi Bin Mohd Ali, Ketua Panitia PSV SMK Bandar Easter

En.Azahar Ketua Panitia PSV SMK Tun Habab

Agenda Mesyuarat Panitia PSV Daerah Bil 1/2011:
* Ucapan Pendahuluan oleh Pengerusi Panitia PSV Daerah, Puan Pengetua Pn.Hjh Radhiah
* Pembukaan Aktiviti Tahun 2011
* Pelantikan Jawatankuasa PSV Daerah 2011/2012
              i. Jawatankuasa Lawatan
             ii. Jawatankuasa Pameran
            iii. Jawatankuasa Bengkel SENI BATIK
            iv. Jawatankuasa Kursus PSV Daerah    

* Cadangan tambahan bagi aktiviti PSV Daerah sepanjang tahun 2011
Bergambar dengan Pn.Suzana Ketua Panitia PSV SMK(A) Bandar Penawar
Suasana dalam Bilik Mesyuarat SMK Bandar Easter