Unsur Seni - Ruang
A. PengenalanRuang ialah jarak di antara objek yang wujud di dalam alam nyata dan juga dalam karya seni visual. Objek yang berada di hadapan kelihatan lebih jelas dan besar berbanding dengan objek sama saiz yang berada di bahagian belakang.
Contoh ruang yang wujud dalam karya seni visual digambarkan melalui kekuatan gubahan warna, jalinan, rupa dan bentuk.
B. Jenis-jenis Ruang
1.Ruang Fizikal
Ruang fizikal merupakan ruang yang terdapat di persekitaran.
Ruang fizikal boleh dibahagikan kepada 2 iaitu,
a. Ruang terbuka – suatu kawasan lapang dan luas.
b. Ruang tertutup – suatu kawasan yang sempit dan terhad.
Hasil Artifak Projek Ruang Tertutup Tingkatan 2 Nilam |
Kumpulan Pelajar Tingkatan 2 Baiduri |
2.Ruang Ilusi· Dalam konteks ini, ruang dapat diterjemahkan mengikut 3 peringkat berdasarkan
penggunaannya dalam karya seni visual seperti lukisan, catan dan rekaan grafik.
· 3 peringkat ruang tersebut ialah ruang dalam, ruang cetek dan ruang rata.
a. Ruang Dalam· Ruang dalam ialah perhubungan kesan penggunaan perspektif warna, perubahan saiz dan
bentuk dalam hasil karya seni seperti lukisan dan catan.
· Kajian nilai ton warna dan perubahan saiz berikut memperlihatkan kesan ilusi ruang
bergerak sama ada ke luar atau ke dalam mengikut arah cahaya yang diwujudkan melalui
nilai ton warna.
b. Ruang Cetek· Ruang cetek merupakan ruang yang wujud dalam lingkungan yang terbatas sama ada dari
dinding ke dinding atau ruang kedalamannya yang terhad.
c. Ruang Rata
· Ruang rata terhasil dalam karya, terutama catan apabila dilukis atau diolah elemen-elemen
gambaran pada satah yang sama.
· Ia memperlihatkan suasana rata dan sama pada suatu garisan ufuk.
C. Perkaitan Ruang dan Perspektif
Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek tersebut dilihat dari jarak jauh. Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif. Perubahan nilai ton warna akan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan sesuatu ruang mengikut ketentuan pelukis. Dalam karya 2D, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi 3D.
Hasil Artifak Ruang Terbuka Tingkatan 1 Nilam |
Sesi Apresiasi Karya Ruang mengikut kumpulan |
Apresiasi Karya oleh Tingkatan 1 Nilam |
Ck Amane Nina Zainuddin
bukanputeri@yahoo.com
No comments:
Post a Comment