Ruang dan arca mempunyai hubungan yang sangat rapat. Ruang yang diwujudkan pada arca akan menentukan sifat arca yang hendak digubah. Penempatan arca dengan situasi ruang yang bersesuaian akan memberi kesan kepada mesej dan konsep. Guru telah menjelaskan konsep irama dan pergerakan dalam penghasilan idea Arca mengikut kumpulan masing-masing. Tahniah atas kerjasama dan kesungguhan semua pelajar kelas Pra PMR Mutiara kerana berjaya menghasilkan artifak yang menarik.
Olahan Unsur Bentuk Menghasilkan Irama dan Pergerakan
Objek atau elemen seni yang disusun menghala ke arah tertentu akan menghasilkan irama dan pergerakan. Susunan bentuk dalam pelbagai saiz, ketinggian, gaya gerakan dan keadaan objek yang dilengkung atau tidak lurus juga akan menghasilkan konsep pergerakan.

Sesi Apresiasi Seni: Setiap kumpulan memperjelaskan projek masing-masing |
Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan artifak dan folio |
Definisi Irama dan Pergerakan
Unsur irama dan pergerakan (Rythm) dalam seni visual merupakan suatu prinsip reka bentuk. Pergerakan ialah keadaan objek yang bergerak, bergegar,bergoyang,bersinar dan berayun. Irama pula ialah satu kesan ilusi yang wujud daripada perulangan susunan satu atau lebih objek secara berterusan untuk menimbulkan harmoni. Objek yang tersusun itu adalah objek utama dan berbeza dengan latar.
Hasil artifak setiap kumpulan sebelum sesi Kritikan Seni |