PERMULAAN 2013

PERMULAAN 2013
Suasana bilik Seni SAKTI 2013
"There are no shortcuts to success and failure is sometimes part and parcel of such an undertaking"


Friday, November 16, 2012

Kursus Penataran Penyebaran PBS PSV T2 5-7 Nov 2012 SMK SEMENCHU

Pada 5-7 Nov 2012 bertempat di SMK Semenchu telah diadakan satu kursus Penataran dan Penyebaran PBS Tingkatan Dua bagi subjek Seni Visual peringkat Daerah Kota Tinggi. Seramai 18 orang peserta mewakili setiap sekolah menengah Daerah Kota Tinggi.
Jadual Kursus Penyebaran PBS Tingkatan 2 Tahun 2012
5 Nov 2012
~Slot 1~ Taklimat PBS+PP+Pentaksiran Rujukab Standard dalam Pentaksiran Sekolah
~Slot 2~ Pengoperasian PBS+Penggunaan Sistem SPPBS dalam Pelaporan
~Slot 3~ Overview Standard Prestasi dalam Pentaksiran Sekolah+Pecahan Kumpulan

 
6 Nov 2012
~Slot 4~ Overview Standard Prestasi dalam Pentaksiran Sekolah+Pembinaan Instrumen 1
~Slot 5~ Pembinaan Instrumen 1
~Slot 6~ Pembentangan Kumpulan
Kump.1: SMKBP,SMKBM,SMKTSJA&SMK Tun Habab


Kump.2: SMK Bandar,SMK Semenchu, SSTMI & SMK Sri Aman

Kump.3: SMK Bdr.Easter, SMK Adela, SMKTD, SMK T.SriSaujana

Kump.4:SMK Tg.Pengelih, SMK Lokman Hakim, SMK Laksamana, SMK AT,SMK(A)
 7 Nov 2012
~Slot 7~ Overview Tugasan dan Penskoran dalam Pentaksiran Pusat+Pembinaan Instrumen 2
~Slot 8~ Pembinaan Instrumen 2
~Slot 9~ Pembentangan+Sesi Kajian Keberkesanan Kursus+Penutup

 
Tahniah kepada semua peserta kursus PBS Seni Visual Tingkatan 2 Daerah Kota Tinggi atas kerjasama anda. Jumpa lagi

Sunday, October 14, 2012

Mesyuarat Penataran PBS Tingkatan 2 (2013) Zon Selatan di GoodHope Hotel JB 8-11Okt2012

Barisan JU Negeri PBS Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2 Tahun 2013 (Zon Selatan)
 Selama 4H/3M guru-guru tingkatan dua Sekolah Menengah Zon Selatan berkampung di Goodhope Hotel Skudai, Johor Bahru. Matlamat utama perjumpaan kali pertama ini adalah bagi membincangkan penataran PBS Mata Pelajaran Tingkatan Dua yang akan dijalankan pada awal tahun 2013. Selaras dengan PBS Tingkatan Satu yang telah berlangsung Mac 2012, sistem SPPBS telah di tambahbaik secara berperingkat pada Kohort kedua PBS Tingkatan 2.
KUMP: 1
BAHASA MELAYU
BAHASA INGGERIS                              Hotel 11@Century Hotel 94,
BAHASA CINA                                       Jalan Pelandok Off
BAHASA ARAB                                      Jalan Harimau,
KHB.KEMAHIRAN TEKNIKAL           Johor Bahru, Johor
 
KUMP: 2
MATEMATIK
SAINS                                                       The Katerina Hotel,
SEJARAH                                                 Jalan Zabedah,
GEOGRAFI                                              Batu Pahat, Johor
PJK
KHB ERT
 
KUMP: 3
PENDIDIKAN SENI VISUAL
PENDIDIKAN MORAL
PENDIDIKAN MUZIK                             Goodhope Hotel,
PENDIDIKAN ISLAM                              Jalan Ronggeng 5,
SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN    Taman Skudai Baru,
KHB S.PERTANIAN                                 Skudai, Johor
KHB PERD.KEUSAHAWANAN
Overview PBS Tingkatan 2 2013 oleh Ustaz.Khalid B.Dahalan (Unit PBS Putrajaya)
Pecahan ikut mata pelajaran (bilik EMERALD @ Pend.Seni Visual)

Bengkel PBS Tingkatan 2 bermula

Barisan JU Wanita Negeri PBS PSV Tingkatan 2 2013 Zon Selatan yang hadir


Di bawah antara cadangan tarikh Mesyuarat Penyebaran PBS yang akan berlangsung pada masa terdekat bagi membolehkan guru-guru mata pelajaran tingkatan 2 tahun 2013 bersedia.
 
31 Okt - 2 Nov 2012 : Geografi, Bahasa Melayu, Matematik,
                                      Bahasa Inggeris dan Sains
5 - 7 Nov 2012           Pend.Moral, Pend.Seni Visual,
                                      Sivik dan Sejarah
8 - 10 Nov 2012         : Bahasa Cina, PJK, Pend.Muzik, Pend.Islam,
                                      Bahasa Arab, Bahasa Tamil dan KHB(1, 2, 3 dan 4)
surat panggilan mesyuarat akan diedarkan kemudian setelah diputuskan tarikh sebenar. Jumpa nanti

Tuesday, September 25, 2012

SENI KOMUNIKASI VISUAL (SENI REKA TANDA)

SENI KOMUNIKASI VISUAL (SENI REKA TANDA)                                 Tempoh: 2 MINGGU
SKOP: idea seni reka tanda

 
DEFINISI SENI REKA TANDA

Satu gubahan rekaan grafik yang melibatkan tipografi, ilustrasi, warna, reka letak dan foto yang direka bentuk untuk memberi maklumat atau arahan kepada orang ramai.

 FUNGSI SENI REKA TANDA

Memberi maklumat dan petunjuk arah kepada masyarakat melalui tanda huruf atau imej.

   
ELEMEN SENI DALAM SENI REKA TANDA

 Tipografi Seni huruf untuk menyampaikan

maklumat dan penerangan kepada audien.Jenis

Sans Serif iaitu Helvetica dan Arial paling sesuai digunakan.

Imej atau ilustrasi Imej yang ringkas adalah

untuk menentukan kefahaman yang lebih jelas.

Kebiasaan dilukis dalam bentuk rupa satu warna

atau anak panah.

Pemilihan Warna Warna memberi kesan yang mendalam kepada audien. Warna pada Seni Reka Tanda adalah terhad serta mementingkan elemen terang dan jelas.
 
KATEGORI SENI REKA TANDA

1.   Reka Tanda Kemudahan Awam seperti telefon, tandas awam, surau, hentian rehat&rawat dan hentian bas.

2.   Notis Pemberitahuan Peraturan seperti peraturan memasuki masjid, muzium dan perpustakaan.

3.   Reka Tanda Arah di taman-taman bunga, kompleks beli-belah, jalan raya dan sebagainya.

4.   Reka Tanda Peringatan atau Amaran Keselamatan.

5.   Reka Tanda Perniagaan di hadapan permis atau restoran.

6.   Reka Tanda Papan Pengiklanan atau mempromosikan produk.Reka Tanda Kempen Jabatan Kerajaan, kempen Tak Nak Merokok, Cintai Alam Sekitar, Go GREEN, Perangi RASUAH
 

 

Tuesday, September 18, 2012

Usaha Berdikit Menjadi Bukit... Learning Smart Through Practise 2611/2

Bukan mudah sebenarnya bila yang dikejar ialah A+. Itulah janji kami calon SPM Seni 2012 dengan berbekalkan keazaman dan jerih tabah subjek picisan sebagaimana kami ini. Kalau dahulu kami sibukkan diri menyiapkan folio dan artifak seawal yang boleh agar tidak mengganggu elektif taruhan asal pelajar SBP. Usaha diteruskan untuk merangkul A+ bagi kertas 2611/2 iaitu kertas dua SENI HALUS.



Semoga usaha ini membuahkan hasil A+ yang membanggakan semua warga SAKTI dan Ibubapa sudah tentunya..


Wednesday, August 15, 2012

Taklimat Penyelarasan Skor PBS KRSV SPM 14 Ogos 2012

Taklimat Penyelarasan PBS KRSV SPM peringkat Daerah Kota Tinggi diadakan pada 15 Ogos 2012 di SMK Bandar Easter, Kota Tinggi.
Sesi menilai markah bawah seliaan guru berpengalaman En.Taufiq (SMK Tg.Datuk)
Perdebatan antara Pentaksir Kawasan KRSV SPM Daerah Kota Tinggi

Melihat hasil folio sekolah lain

Saturday, July 21, 2012

Angin Beku Dari Taman Rumah Cikgu

Kelas SPM Seni pada 5 Julai 2012 yang lalu telah diadakan di kediaman CK Amane. Tujuan utamanya untuk memberi suasana yang selesa pada pelajar untuk menyiapkan folio peringkat akhir. Folio dan artifak berada di peringkat kekemasan akhir. Pemarkahan folio dan artifak dah diberi oleh guru. Tahniah pada semua anak pelajar. Kelas berikutnya akan tertumpu pada soalan teori dan kertas Seni Halus.




asas

Monday, July 16, 2012

Bengkel Penggubalan Soalan Percubaan SPM PSV Daerah 16Jul2012

Pada 16 Julai 2012 bersamaan hari Isnin di SMK Bandar Easter telah diadakan satu Bengkel Penggubalan Soalan Percubaan SPM PSV Daerah Kota Tinggi. Seramai 20 orang guru PSV Daerah Kota Tinggi menghadiri bengkel ini. Penetapan Jadual Spesifikasi Item  (JSI) telah dijalankan bagi soalan percubaan SPM 2012.

Taklimat oleh En.Pauzi Bin Mohamed

Sebahagian guru PSV wanita yang hadir

Bergambar dengan Pn.Kamariah Kasban dari SMK Sri Saujana

Contoh JSI aras tinggi


Friday, June 15, 2012

Pemantauan Sesi 1: Pentaksiran KRSV SPM 2012 (14 Jun 2012)

Pada 14 Jun 2012(Khamis) yang lalu, SAKTI menerima kunjungan dari Pentaksir Kawasan iaitu En.Fauzi Bin Mohamed dari SMK Bandar Mas. Pemantauan melibatkan Kajian Rekaan Seni Visual kertas 2611/3 dan sebanyak 5 buah folio dan artifak yang disemak. Terima kasih buat En.Fauzi Bin Mohamed kerana memberikan komen dan idea yang bernas untuk menambah markah calon berkenaan. Pemantauan Sesi 2 (Final) akan dilaksanakan sekitar pertengahan bulan Julai 2012.
En.Fauzi Bin Mohamed sedang meneliti keseluruhan FOLIO pelajar

Wow...berdebarnya pula masa ni..

Folio&Artifak pelajar yang dipersembahkan

Antara Folio&Artifak pelajar yang dipersembahkan

2 calon memilih tajuk Model Bilik Bayi (Soalan No.2)

Hasil Artifak calon Nursyamina tajuk Reka Corak Kasut (Soalan No.1)

Hasil Artifak calon Nisa Syakila tajuk Reka Corak Kasut (Soalan No.1)

Hasil Artifak calon Ezzate Afeqah tajuk Beg Ikat Celup (Soalan No.4)

Buat calon SPM SAKTI yang cikgu sayangi, masih ada masa untuk usaha memperbaiki markah anda.
Alhamdulillah semoga berjaya anak-anak sekalian!! 

Tuesday, June 12, 2012

Aktiviti Menghasilkan Artifak Kajian Rekaan Seni Visual SPM 2012

Nampaknya KRSV hampir melabuhkan tirainya tak lama lagi. Dijangka pertengahan Julai 2012 nanti merupakan tempoh akhir penilaian folio dan artifak. Hampir 70% artifak telah disiapkan oleh pelajar.
Fairuz Najihah Binti Kamaruddin (5 Baiduri)

Nursyamina Binti Mohamad Sharifuddin (5 Baiduri)

Aifaa Syafiq Bin Ismail (5 Delima)

Ezzate Afeqah Binti Ezrangee (5 Intan)

Nisa Syakila Binti A.Rahman (5 Intan)

Keep it up!!

CK Amane