PERMULAAN 2013

PERMULAAN 2013
Suasana bilik Seni SAKTI 2013
"There are no shortcuts to success and failure is sometimes part and parcel of such an undertaking"


Tuesday, September 25, 2012

SENI KOMUNIKASI VISUAL (SENI REKA TANDA)

SENI KOMUNIKASI VISUAL (SENI REKA TANDA)                                 Tempoh: 2 MINGGU
SKOP: idea seni reka tanda

 
DEFINISI SENI REKA TANDA

Satu gubahan rekaan grafik yang melibatkan tipografi, ilustrasi, warna, reka letak dan foto yang direka bentuk untuk memberi maklumat atau arahan kepada orang ramai.

 FUNGSI SENI REKA TANDA

Memberi maklumat dan petunjuk arah kepada masyarakat melalui tanda huruf atau imej.

   
ELEMEN SENI DALAM SENI REKA TANDA

 Tipografi Seni huruf untuk menyampaikan

maklumat dan penerangan kepada audien.Jenis

Sans Serif iaitu Helvetica dan Arial paling sesuai digunakan.

Imej atau ilustrasi Imej yang ringkas adalah

untuk menentukan kefahaman yang lebih jelas.

Kebiasaan dilukis dalam bentuk rupa satu warna

atau anak panah.

Pemilihan Warna Warna memberi kesan yang mendalam kepada audien. Warna pada Seni Reka Tanda adalah terhad serta mementingkan elemen terang dan jelas.
 
KATEGORI SENI REKA TANDA

1.   Reka Tanda Kemudahan Awam seperti telefon, tandas awam, surau, hentian rehat&rawat dan hentian bas.

2.   Notis Pemberitahuan Peraturan seperti peraturan memasuki masjid, muzium dan perpustakaan.

3.   Reka Tanda Arah di taman-taman bunga, kompleks beli-belah, jalan raya dan sebagainya.

4.   Reka Tanda Peringatan atau Amaran Keselamatan.

5.   Reka Tanda Perniagaan di hadapan permis atau restoran.

6.   Reka Tanda Papan Pengiklanan atau mempromosikan produk.Reka Tanda Kempen Jabatan Kerajaan, kempen Tak Nak Merokok, Cintai Alam Sekitar, Go GREEN, Perangi RASUAH
 

 

No comments: